Thursday, 29 November 2012

Live While We're YOUNG

Assalamualaikum. 안녕하세요. Hi bloggers! Annyeong awak yang tengah baca. Comel awak hari nie. Hehe~ xD Hmm. Saya tahu butt awak tengah expand kan? Ekelah, tak mau mengaku pulak. I know laa. Okay. Dah lama saya tak ziarah blog nie. Kesian kat ‘dia’. Berhabuk pulak. Hachuuuuu!! Maaf terbersin pulak. Hihi~ Now, winter break. Bangun tidur, makan, tengok tv, online, baca buku, text orang, guling-guling. Itu kerja seharian saya selama break nie. Memalukan kan?? Yelahh anak dara macam nie.. Sah tak boleh buat menantu. xD Lagi punn siapa nak kat saya. Tak comel macam awak yang tengah baca post nie? #Eh? Tak ada orang nak meyh. Uik? Terjiwang pulak. Hee. xP Hmm. Tak lama lagi 2012 say bubye or in korean 안녕히 가세요 annyeong-hi ga-se-yo. Then, 2013 pulak menjelma say annyeong to us.
Tahun nie punya kenangan tak akan boleh lupa meyh. Yelah. Tahun paling haru. Tahun paling happening sampai buat orang pening. Tahun nie tertubuhnya #TeamPowerRangersSekolah #TeamKepalaSenget. Tahun paling bangga sebab dapat jadi ketua segala gangsters kat sekolah i mean SENIOR. Tahun dapat jadi budak paling sibuk. Hmm. Tahun paling feeling. It’s mean a lot. :’) Oo. I will miss those moment with my dear bestfriends and my love teachers.
Tahun 2011. Tahun pertama kami pelajar-pelajar bekas candidates UPSR melangkah ke sekolah menengah. Walaupun pada mulanya agak kekok. Rata-rata kami pelajar-pelajar Desarians datang dari pelbagai jenis sekolah. Sebelum nie aku tak pernah tahu punn ada sekolah jenis kebangsaan. Hee~ :) Sk1, Sk2, Sekolah Tamil, Sekolah Cina dan sekolah-sekolah yang sama waktu dengannya. Kami bertuah dapat hidup aman dalam pelbagai budaya, bangsa, dan agama. Okey ayat nak masuk panggung nie. LoL~ Macam budak darjah satu , kami budak Form1 dibawa mengelilingi kawasan sekolah. First time kami pakai baju budak sekolah menengah. Happy sangat!! Sebelum naik Form1. Ramai beranggapan yang sekolah menengah nie tempat budak-budak kena buli, tempat cikgu-cikgu yang garang gila mengajar, tempat dimana berlambak kerja rumah diberi, tempat subjek-subjek susah menunggu untuk dipelajari. Itu baru sikit.
1Gigih kelas pertamaku. Puan Fatimah Othman guru kelas pertamaku. Muhammad Hamidi Azhar first leader kelasku. Siti Nurshaheera first assistant leader pertamaku. Okey. Setakat tuu jeh. Kang aku bagi panjang lebar tertidur pulak awak membaca. Ramai kawan baru aku kenal. Kawan lama yang rapat ngan aku. Amira, Afifah, Aida, Azreen, Anis, Farhanah, Farah, Firzanah, Nasuha, and Sheera. Kawan paling gempak pernahku jumpa. Banyak jugak kawan lain aku kenal. Tapi malas nak mention sini. Bukan korang yang penat menaip, aku jugak.
Tahun 2012. Tahun tertubuhnya #TeamPowerRangersSekolah diketuai Nasuha dan konco-konco dia Aida, Amira, Aniqah, Farhanah, Farah dan ramai lagi. Tahu nie paling haru. Paling sweet. Paling happy. Paling feeling. Hmm.  Paling ingat, time puasa kat kantin tengah ujian. Punya semua orang dah bengang, kepala naik tepu. Aku boleh pulak hebohkan meja tuu. “Kalau happy SENYUM, Kalau sedih SENYUM, Kalau marah SENYUM, Kalau bengang SENYUM, Baca buku SENYUM” Aku sempat lagi buat lawak bodoh time-time orang tengah sesak. Tak sangka pulak diorang gelak. Hehe!! Happy sebab dapat tenangkan diorang walau hanya seketika. Aniqah, you know what? Bila ingat balik pasal benda nie. Gila lawak. Wearing KRS t-shirt. Duduk kat bangku kantin hampir patah. Aniqah datang terus duduk kat paha orang. JATUH! Seriously, my butt sakit sangat. Tapi fikir balik lawak jugak, dah laa jatuh dekat ngan meja budak lelaki. Hari tuu pulak Aniqah jatuh dua kali. xD Kesian.
Tahun nie, aku berpisah ngan Nasuha, Farhanah, Farah, Amira, Aniqah, Sheera, Aida and Azreen sebab aku duduk kelas 2Harmoni. Well! Budak pandai kan. Bangga diri pulak. Astagfirullah. Hehe~ Pada bulan Ogos, telah ditubuhkan satu lagi team #TeamKepalaSenget. Sebab team nie ditubuhkan. Oleh kerana, lagu sang ulat bulu yang kami nyanyikan ketika menyertai kem sekolah. Firzanah, Nisha dan aku nyanyi lagu sang ulat bulu nie waktu seni version E. “Ede seng elet bele penye keke serebe sepe jempe keke ke keke ke jekele tek jempe tek pekse ke melepet dengen keke serebe kereng sete” Kitaorang nyanyi lagu nie sambil kepala senget. Ngan Firzanah bawa lori colour pink ada bonggol. Okay. Lawak! Tuu pasal team nie namanya #TeamKepalaSenget. LoL~
Time tuu bulan Ogos kan? Cikgu kasi kita orang colour bendera. Hmm. Sekali pandang macam budak darjah satu, dua kali pandang baru macam Form2. Kitaorang nie time seni bukan bawa colour punn. Cikgu bagilahh pinjam colour cikgu. Mula, Afifah, Firzanah, Nisha, Shamine ngan aku semangat. Merdeka laa katakan. Apa yang lawaknya. Firzanah colour bendera salah. Patutnya 14 baris tuu colour merah putih. Dia pi colour putih kuning. Seriously. Sedih. Yelah dah berapa tahun duduk Malaysia boleh lupa colour bendera. Nisha cakap “Firzanah kamu patut dibuang negeri” Time tuu kitaorang semua gelak. Muka Fir merah. Hihi~ xP
Tahun nie, aku selalu buli orang. Tersangatlaa selalu. Satu hari tak buli orang, tak kenakan orang, tak loyer buruk ngan orang rasa dunia macam tak complete. Budak-budak yang selalu aku buli Sheera. Btw, maafkan kita sebab selalu buli kamu. Shamine ngan Afifah pun selalu kena buli ngan aku kat dalam kelas. Hehe~ Afifah senang jeh nak kenakan dia sebab pengarang jantung hati dia kelas kitaorang jugak. Paling sweet tuu Afifah ngan Fitri dating time cikgu tak ada. Nasib baik diorang dating tuu cover. Si Nuzul ikut teman Fitri. -_- Tak patut. Tahun nie, tahun paling sibuk bagi aku. Yelah. Penolong ketua platun KRS. Setiausaha bola jaring. Setiausaha rumah BIRU lagi.
Sukan tahunan tahun nie, aku buzy sikit. Tak buzy banyak. Aku ngan Shamine kena handle perbarisan rumah BIRU. Susah ooh~ Ngan bebudak Form1 yang kecoh. Huissh! First memang menyesal, tapi disebabkan Ustazah Fatim yang suruh tanggungjawab, terpaksalaa. Dah laa kitaorang kena pusing satu sekolah cari budak perbarisan. Punyalaa penat. Naik turun naik. Lepas naik turun balik then naik balik turun balik. Paling lawak, Shamine pujuk Izzat suruh dia masuk perbarisan. Kahkahkah!!! Shamine pujuk Izzat oo. xP Izzat pun satu masalah jugak. Bila orang panggil tak nak datang. Gedik. -_- Akhirnya Shamine mengalah Izzat tak masuk. Waktu latihan perbarisan tuu, kitaorang haru je lebih. Kawad pun tunggang apa lagi tepuk sorak langgang aih. Yang paling geram tuu, rumah MERAH punya poyo gila tahap maximum. Dengan Abang Al lagi leader dorang, memang poyo ark. Budak-budak diorang tuu semua gedik-gedik poyo-poyo memang patut. Bapak borek anak rintik. Last-last yang menang pun rumah BIRU jugak. Kahkahkah! Bangga diri jap. Yelah. Yang penat kitaorang jugak.
Waktu sukan tahunan, memang best. Menjerit bagai nak rak bila budak balapan lari. Cool gila! Kitaorang ada masa snap gambar. Tak lupa, bila Aida kena buli ngan Daniel, Amirun ngan Izzat pasal dia suka Salman. Padan muka! Rumah lain makan mihun, kitaorang lain macam sikit. Makan burger. Gempak tahap maha rite?! Makan burger ramai-ramai ngan Nasuha, Aida, Sarah and Shamine. Ada ke patut aku ngan Shamine gelakkan orang makan. Izzat laa tuu. Makan dah ark macam bebudak. Makan roti dulu baru daging. Gelojoh pulak tuu. Macam orang kelaparan. #Eh. Memang kelaparan punn. Kihkihkih~ Bila Izzat pandang kitaorang, kitaorang senyap. Bila dia sambung makan, kitaorang pulak sambung gelak. Btw, sorry Izzat gelakkan kau. xD
Tahun nie, kali pertama dapat tolong Cikgu Azura pasal buku teks. Best sangat. Main angkat-angkat buku. Jaga kelas 2Fasih. Hmm. Bebudak kelas tuu kejam kot. Ramai gila yang hilang buku laa buku tak balut laa. Banyak duit hang pa semua. Berpeluh-peluh jaga kelas diorang. Walaupun kekadang sakit hati jugak kat bebudak Fasih tuu. Tapi jaga kelas diorang memang happy! Yelah layan kerenah bebudak yang dah besar panjang tapi perangai macam budak-budak. Haha!! Gelak guling-guling. Esok paginya, mengadu tangan sakit. Mana taknya. Angkat buku Form3 berbelas ikat, berat okay. Berat. Berfaedah jugak angkat buku banyak-banyak macam tuu, dapat bina muscle kat tangan  macam Hamidi.
Seriously, banyak gila cerita menarik nak kongsi. Tapi nie jelah dapat cerita. Malas nak taip. Hmm. Tinggal lagi beberapa tahun jeh, kita orang budak-budak Desarians candidates PMR nak tinggalkan SMK1. Lepas PMR, naik Form4 then SPM. Ooo. Sedihnya. :’( Tinggalkan kawan-kawan, cikgu-cikgu. Sobsobsob~ Bila dah habis belajar kat University nanti, bekerja, then ada pulak yang dah kahwin, dah ada anak. Sesungguhnya masa berjalan dengan pantas. Baru hari tuu, kitaorang masuk tadika, dah naik sekolah rendah. Now, secondary school. Kami membesar, meningkat remaja. Kita REMAJA hanya sekali dalam hidup. So. Live while we’re YOUNG.
Sampai sini jeh cerita panjang lebar saya. 감사합니다, Gam-sa-hap-ni-da sebab setia membaca sampai habis post kali nie. Post nie panjang, mesti korang menguapkan baca? Hehe~ Till here for now. InsyaAllah post baru dalam masa terdekat nie. Assalamualaikum bloggers! Bye. *LambaiTangan

No comments:

Post a Comment